tasawwur

JAWAPAN TASAWWUR SPM : SOALAN 5/2016

5/2016
a) Terangkan dua ciri keunggulan perundangan Islam berbanding undang-undang  ciptaan manusia  
  • Ciptaan Allah SWT  
  • Hukuman dalam perundangan islam adalah adil dan setimpal dengan kesalahan yangdilakukan tanpa mengira kedudukan, pangkat dan keturunan seseorang 
  • Mendidik jiwa manusia dengan akhlak yang murni 
  • Lengkap dan sesuai dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ibadat, akidah, muamalah dan sebagainya 
  • Kekal hingga ke hari akhirat tanpa berlakunya perubahan. 
  • Hukumannya bersifat memberi pengajaran kepada manusia 
  • Memelihara kemaslahatan masyarakat dan negara

b) Nyatakan pengertian qadha berserta  contoh yang sesuai.
Huraikan 
  • Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang jelas.Contohnya hakim memutuskan hukuman supaya suami menceraikan isterinya, setelah terbukti suami telah mengabaikan isterinya
c) Nyatakan   contoh fatwa

  • Hukuman bunuh kepada pengedar dadah
  • Hukuman haram terhadap pengklonan manusia


Ahmad kecewa apabila mendapati ibu bapanya sering mengabaikan solat fardhu.

d)   i)Pada pandangan anda , adakah wajar seorang anak menegur  ibu bapanya dengan cara tersebut.

  • Wajar

     ii) Kemukakan dua alasan yang menyokong pendapat anda.

  •  Mencegah daripada mengabaikan solat adalah wajar  kerana menepati konsep amar makruf nahi munkar 
  • Hasrat untuk melihat ibu bapa berubah dengan teguran yang tidak biadap kerana adab seorang anak
 e.  i) Nyatakan maksud hudud menurut Islam 

  • Maksud hudud ialah kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t.

  ii) Terangkan  dua kesan Islam hukuman hudud kepada penjenayah. 

  • Penjenyah tidak berani melakukan kesalan yang sama
  • Penjenayah  berasa kerana dihukum dengan hukuman yang setimpal
SPM2016 5/16