tasawwur

SPM SOALAN 2 : TAHUN LEPAS

 SOALAN PERCUBAAN TASAWWUR ISLAM SPM 2016

SPM 2007
a) Rabbaniyyah bermaksud mengenal Allah SWT.
    Jelaskan dua cara untuk menghayati sifat rabbaniyyah

b) Waqi'iyyah bermaksud praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia.
     i) Terangkan dua contoh kesederhanaan dalam ibadat menurut prinsip Waqi'iyyah .

    ii) Huraikan tiga keistimewaan beribadat berlandaskan prinsip Waqi'iyyah .

c) Antara hak asasi manusia yang tekandung dalam prinsip 'Alamiyyah ialah memelihara nyawa.
    Terangkan tiga cara Islam memelihara nyawa manusia.
Jawapan SPM 2007    


SPM 2008

a)   (i) Senaraikan empat ciri agama langit (samawi).
     
     (ii) Terangkan dua cara beriman dengan agama langit (samawi)

b)   Jelaskan dua cara anda berumalat  dalam bidang ekonomi menurut konsep syumuliyyah.
 

c)   Islam agama praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia.
      Terangkan dua pendapat anda yang menyokong penyataan diatas.


d)   Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
      (kemamampuannya)

       Berdasarkan  maksud ayat di atas , terangkan dua hujah untuk menolak dakwaan bahawa ajaran
       islam membebankan.
 
 Jawapan SPM 2008

SPM2009

a)(i)   Senaraikan dua ciri agama budaya (wad'ie)

   (ii)  terangkan dua sebab agama budaya (wad'ie) tidak diterima oleh Allah SWT.

   b)  Terangkan tiga cara mengamalkan kesederhaan dalam kehidupan.

   c)   Kewujudan projek koridor raya multimedia adalah hasil pemikiran yang positif bersesuaian                dengan prisip Waqi'iyyah .

       Kemukakan dua cara  berfkir  yang bersesuaian dengan prinsip Waqi'iyyah .

   d)   Islam memberi kelonggaran kepada orang yang sakit mengerjakan solat mengikut kemampuan .
         Kemukan dua hikmah Islam memberikan kelonggaran tersebut.

Jawapan SPM 2009

SPM 2010

a)   Syumuliyyah bermaksud ajaran Islam bersifat lengkap dan sempurna merangkumi semua aspek
      kehidupan.
     (i)   Terangkan dua perinsip Syumuliyyah.
    (ii)   Terangkan dua contoh Syumuliayyah dalam bidang ekonomi.

b)   Jelaskan dua bukti yang menunjukkn  Islam mampu menjamin hak asasi manusisa.

c)   Amir hendak bermusafir menuju ke London pada musim panas akan datang.
     (i)   Terangkan dua cara solat yang sesuai dilakukan oleh Amir mengikut prinsip Islam.
     (ii)  Terangkan  tiga hikmat  diberikan kelonggaran kepada Amir  untuk melaksanakan  solat
            dengan cara tersebut.
 
Jawapan SPM 2010


SPM 2011
a)   Nyatakan empat hak asasi manusia dijamin oleh Islam

b)   Islam menuntut umatnya  sentiasa melakukan kebaikan untuk mencapain kehidupan yang                   sejahtera
      Senaraikan empat sifat mulia bagi mencapai matlamat tersebut


" Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan        ( kemampuan )". Maksud al-Baqarah : 286


c)  Terangkan dua contoh ibadat yang membuktikan bahawa Islam tidak membebankan
     umatnya berdasarkan ayat di atas

d)  Dalam sejarah Islam terdapat perkara-perkara yang abersifat tetap (thabat) tidak boleh dipinda             prinsip dan pelaksanaannya
     Terangkan dua perkara tersebut

e)  Terangkan dua perkaitan antara konsep thabat dan murunah mengenai perkara berikut:
     i) Pakaian
    ii) Puasa Ramadhan

Jawapan  SPM 2011

SPM 2012

a)   Islam ialah agama langit (samawi) yang bersifat rabbaniyyah.
      (i)   Nyatakan empat ciri agama langit.



b)  (i)  Terangkan dua prinsip waqi'iyyah
     (ii) Huraikan dua hujah Islam mampu diamalkan oleh semua golongan manusia
           sebagaimana dalam prinsip waqi'iyyah

c)  Jelaskan dua konsep syumuliyyah dalam bidang ekonomi
Jawapan  SPM 2012

SPM 2013

(a)  Terangkan dua prinsip syumuliyyah.

(b)  Jelaskan dua contoh ibadat yang menunjukkan  agama islam bersifat sederhana.

(c) 'Alamiyyah bermaksud islam ialah agama yang sesuai bagi semua manusia
      tanpa mengira bangsa,tempat dan zaman.'

      Jelaskan dua bukti ajaran Islam bersifat Alamiyyah .

(d) Murunah bermaksud Islam bersifat tetap dalam prinsip asas,tetapi bersifat luwes
       atau anjal dalam perkara cabang dan pelaksananya.

    (i) Huraikan penyalahgunaan konsep murunah dalam perkara berikut:
       (a) Pakaian
       (b) Solat

   (ii) Terangkan dua contoh perkaitan antara thabat dan murunah .

Jawapan  SPM 2013

 SPM 2014

(a)  Jelaskan dau ciri agama langit.

(b)  Terangkan prinsip rabbaniyyah.


Menyelesaikan masalah adalah satu daripada prinsip Waqi'iyyah



(c)  Terangkan dua cara menyelesaikan masalah rumah tangga menurut prinsip Waqi'iyyah.


(d)  Huraikan dua bukti persamaan taraf manusia  menurut pandangan Islam.


Ahmad bertolak dari rumahnya di Johor Bahru menuju ke Alor Setar , Kedah kerana menziarahi bapanya yang sakit di bulan Ramadhan.

(e)  Berdasarkan situasi di atas, huraikan dua contoh thabat dan murunah berkaitan::
       (i)  puasa Ahmad
       (ii) solat bapa Ahmad


SPM 2015

(a)  Jelaskan dua prinsip syumuliyyah.

(b)  Terangkan dua cara Islam  menyelesaikan masalah rumah tangga menurut prinsip Waqi'iyyah.

(c)  (i)   Senaraikan empat contoh murunah yang dapat dilakukan dalam ibadat solat.
      (ii)  Huraikan dua kelebihan sifat murunah dalam ibadat.
      (iii) Islam memberikan konsep murunah dalam aspek Ibadat kerana mengambil kira suatu                          keadaan yang dihadapi oleh manusia .
             Bincangkan kesan sekiranya tiada konsep murunah dalam ajaran Islam.


SPM 2016

(a) Nyatakan empat ciri agama langit yang diturunkan kepada  Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad         SAW .

(b) Nyatakan empat prinsip waqi'iyyah.

(c) Terangkan dua contoh syumuliyyah dalam bidang bidang perundangan.
(d) Antara hak asasi manusia yang terkandung dalam prinsip 'alamiyyah ' ialah memelihara                       kehormatan diri dan maruah diri .
      Terangkan dua cara Islam memelihara kehormatan diri dan maruah diri .

(e) Firman Allah SWT yang bermaksud:


" Sesunguhnya Allah SWT hanya mengharamkan kepada kamu memakan ba ngkai , darah, daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah SWT . Maka sesiapa yang  terpaksa (memakannya kerana dharurat) sedangkan ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar yang dimakan itu) maka tidaklah dia berdosa. Sesunggunya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

(i)   Apakah konsep pandangan hidup Islam yang menepati maksud ayat di atas?

(ii)  Berdasarkan jawapan anda di atas, nyatakan tiga contoh lain yang menepati konsep tersebut.

SPM 2017


 Benua
 Negara
Bilangan umat Islam 
  Peratus
 Amerika Selatan
 Argentina
 784000
1.9%
 Australia
 Australia
 365000
1.7%
 Eropah
  Austria
 353000
4.2%
  Amerika Uttara
  Kanada
 657000
2.0%
 Asia
 Jepun
 183000
0.1%
  Afrika
 Cameron
 3498000
17.9%
(Sumber USIM .wikioedia.org)

a.   Berdasarkan jadual di atas, nyataka empat sebab agama Islam sesuai diamalkan di seluruh dunia walaupun di negara bukan Islam.


Kuala Lumpur 7 Mei - Sebanyak 38 897 kes jenayah indeks dicatatkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. Kata Pengarah Jabatan Pencegah Jenayah dan Keselamatan Kominiti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata , jumlah ini merupakan peningkatan sebanyaj4.6 peratus bagi tenpoh sama tahun lepas.
b.   Huraikan cara menyelesaikan masalah di atas berdasarka prinsip waqi'iyyah.

c.   i.   Jelaskan maksud murunah beserta dua oontoh.
      ii. Terangkan dua kelebihan sifat murunah.

d.   Thabat bermaksud ajaran Islam tetap dan teguh serta tidak berubah.
      Jelaskan konsep thabat terhadap perkara tersebut.
      i.   Ibadat solat fardu.
      ii. Hukum jenayah Islam.