tasawwur

JAWAPAN SPM : SOALAN 3/2016

a)    i) Terangkan dua tanggungjawab pemimpin dalam Islam.
  • menegakkan hukum syariat tanpa mengira masa dan tempat berdasarkan al-Quran dan Hadis agar mendapat rahmat Allah SWT
  • memelihara kesucian agama Allah dan menegakkan makruf serta mencegah berlakunya kemungkaran supaya diredai oleh Allah s.w.t
  • menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara daripada dijajah oleh kuasa asing
  • melaksanakan undang-undang jenayah secara menyeluruh untuk menjamin keselamastan agama, harta, keturunan dan agama
       ii) Terangkan dua tanggungjawab rakyat kepada pemimpin negaranya.
  • Menumpukan taat setia kepada pemimpin selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam
  • Bekerjasama dengan pemimpin membanteras kemungkaran bagi mewujudkan keamanan

b)  Nyatakan empat keistimewaan institusi kehakiman Islam.
  • Dasar kehakiman dan perundangan adalah ciptaan Allah SWT 
  • Sistem kehakiman Islam unggul kerana tiada cacat celanya dan kekal hingga ke akhir zaman.
  • Setiap hukuman bertujuan mendidik jiwa manusia agar sentiasa mematuhi dan mentaati Allah SWT
  • Menyediakan ganjaran bagi hakim yang berlaku adil


c)   Berdasarkan petikan di atas , jelaskan dua hakim  bersetuju memilih hukuman tersebut.


  • tidak boleh menghakimi orang yang ada kepentingan dengannya kerana hakim perlu bersifat berkecuali
  • Bagi mengelakkan keputusan yang berat sebelah dan menganiaya orang lain , hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak sama ada pihak pendakwa atau pihak tertuduh
d)  Terangkan dua cara untuk mengekalkan kemakmuran dalam negara yang mempunyai masyarat majmuk seperti Malaysia.

  • Kasih sayang sesama manusia supaya setiap indidvidu menjaga keperluan manusia tanpa prangsaka buruk selagi  tidak bertentangan dengan syariat Islam
  • Hormat menghormati, tolenrasi dan bertolak ansur dalam kehidupan agar tidak timbul rasa tidak puas hati
SPM2016 3/16


3/2016

3/16