tasawwur

SOALAN 7 SPM 2015


a. Jelaskan tiga kepentingan harta terhadap pembangunan negara.

  • Ekonomi negara berkembang dengan pesat
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara
  • Negara akan aman dan makmur

b. Pendapatan dari sumber yang halal dapat menjamin keberkatan dan kesejahteraan sesebuah negara
   Nyatakan dua implikasi sekiranya pendapatan negara dari sumber yang haram .
   Bincangkan .

  • Negara akan berada dalam keadaan huru hara kerana berlaku penindasan dan penipuan dalam masyarakat
  • Ekonomi negara akan runtuh dan lemah kerana tiada keberkatan daripada Allah SWT

c.  i. Senaraikan dua contoh ibadat bagi setiap hukum berikut
    a) wajib

  • Solat fardu lima waktu
  • Puasa sebulan dibulan Ramadan

    b) sunat

  • Puasa sunat hari Isnin dan Khamis
  • Solat Hajat

    ii.  Nyatakan dua perbezaan antara hukum wajib dengan  sunat

Wajib
 Sunat
 Dilakukan mendapat pahala, ditinggalkan mendapat dosa
 Dilakukan mendapat pahala, ditinggalkan tidak mendapat dosa
 Perkara baik yang menjadi asas kepada ajaran Islam seperti solat
 Perkara baik yang boleh menampung kekurangan ibadah wajib seperti solat sunat.


SPM2015 7/15