tasawwur

SOALAN 6 SPM 2015


" .... yang mencuri, maka potonglah tangan mereka.... al-Ayah ..."
a.  Bincangkan bagaimanakah hukuman dalam dapat membendung jenayah pencerobohan harta


  • Penjenayah akan insaf dan tidak mengulangi kesalahan yang sama setelah menjalani hukuman. Hukuman tersebut dapat mencegah orang lain daripada mencuri kerana berasa takut akan hukuman yang akan dihadapi jika ditangkap.

b. Jelaskan tiga kesan kepada individu yang berdoa kepada Allah SWT


  • Melahirkan rasa rendah diri kepada Allah SWT
  • Mendidik jiwa sentiasa mengingati Allah SWT ketika senang dan susah 
  • Mengelakkan perasaan sombong dan takbur dalam diri seseorang

c.   i. Terangkan dua cara Islam menjamin kecemerlangan dalam  pendidikan


  • Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh
  • Orang berilmu dimuliakan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat

     ii. Terangkan tiga kesan terhadap individu yang ketinggalan dalam  pendidikan


  • Hidup dalam kejahilan serta dipandang rendah oleh masyarakat
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah kehidupan dan mudah ditindas
  • Jurang pendidikan semakin meluas dan semakin ketinggalan dalam kehidupan
SPM2015 6/15