tasawwur

SOALAN 6 SPM 2016

a) Terangkan tiga kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan perpaduan ummah menurut Islam


  • Melalui akidah, kepercayaan dan keyakinan kepada akidah yang sama, iaitu kepercayaan kepada Allah SWT Yang Esa merupakan asas bagi mewujudkan perpaduan
  • Melalui syariat, Islam telah mewujudkan pelbagai peraturan seperti kewajipan berzakat dan sedekah. Peraturan ini dapat merapatkan jurang ekonomi antara kaya dan miskin
  • Melalui akhlak, Islam memerintahkan umatnya supaya sentiasa bersifat toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama dengan yang lain.

b) Jelaskan kesan penyelesaian mesalah menurut syariat Islam.


  • Meneguhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
  • Mengukuhkan keperibadian muslim kerana menekankan sifat tabah,sabar,dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah.

c) Terangkan tiga aktiviti yang dapa anda lakukan untuk mewujudkan perpaanduan di kalangan pelajar


  • Belajar secara berkumpulan agar dapat saling bantu-membantu dalam pelajaran dan memupuk semangat kerja berpasukan 
  • Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah agar dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim.
  • Solat secara berjemaah agar dapat membentuk persaudaraan dan perpaduan umat Islam berasaskan keimanan kepada Allah SWT


Sejak kebelakangan ini , banyak kejadian jenayah dilaporkan berlaku  di seluruh negara seperti bunuh, rogol, ragut dan sebagainya di dada akhbar.

d) Merujuk kepada petikan di atas , bincangkan dua implikasi jenayah yang boleh menggugat perkembangan ekonomi negara.


  • Industri pelancongan akan terjejas kerana pelancong berasa tidak selamat disebabkan jenayah yang tidak terkawal 
  • Pelabur asing tidak akan datang melabur kerana khuatir akan mengalami kerugian kerana tiada jaminan keselamatan.
SPM2016 6/16