tasawwur

SOALAN 6 SPM 2013

Isu remaja lari daripada rumah sering dipaparkan melalui media massa hari ini
a.    i. Huraikan dua cadangan anda untuk mengatasi masalah di atas


  • Ibu bapa memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka merasakan diri mereka dihargai
  • Ibu bapa memberi didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil supaya anak-anak bertindak berdasarkan hukum agama
  • Ibu bapa memantau perlakuan dan pergaulan anak-anak supaya anak-anak tidak terlalu bebas dan bergaul dengan rakan-rakan yang jahat

      ii. Jelaskan tiga kebaikan jika masalah di atas dapat diatasi


  • Gejala sosial dan jenayah akan berkurangan
  • Umat Islam akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni
  • Nama ibu bapa ,masyarakat, dan Islam dapat dipelihara dan dipandang tinggi
  • Keselamatan remaja akan lebih terjamin

b. Huraikan tiga sebab perlunya penyelesaian berasaskan  Islam


  • Islam adalah agama yang sesuia dengan fitrah semula jadi manusia, kerana agama Islam adalah agama yang cintakan keamanan,kebaikan dan bencikan sesuatu yang boleh membawa kemusnahan sama seperti kehendak semula jadi manusia.
  • Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dan meliputi semua aspek kehidupan manusia sama ada dari segi politik, ekonomi,sosial dan sebgainya.
  • Islam memberi keadilan kepada semua manusia  tanpa mengira kedudukan,pangkat dan keturunan seseorang

c. Terangkan empat langkah penyelesaian menurut  Islam


  • Mengenal pasti masalah yang berlaku
  • Mengenal pasti punca masalah secara terperinci dan menyeluruh
  • Menguji kaedah dan strategi untuk menyelesaikan masalah
  • Melakukan penilaian semula

SPM2013 6/13