tasawwur

JAWAPAN TASAWWUR SPM ; SOALN 5 / 2013


a)  Jelaskan dua sebab al Quran menjadi sumber rujukan utama perundangan islam.

  • Al-Quran dan hadis mempunyai kebenaran yang mutlak.Isi kandungan al-quran tidakdapat ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa dan sastera 
  • Datangnya daripada Allah SWT sendiri 
  • Ajaran al-Quran dan hadis sesuai diamalkan pada semua tempat waktu dan zaman 
  • Isi kandungan al-Quran dan hadis merangkumi semua aspek kehidupan manusia
b)  Nyatakan pengertian qadha berserta contohnya.

  • Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang jelas.Contohnya hakim memutuskan hukuman supaya suami menceraikan isterinya, setelah terbukti suami telah mengabaikan isterinya


c) Terangkan dua keperluan fatwa.
  • menyelesaikan masalah yang tidak terdapat hukum secara nyata dalam al-quran dan al-hadis
  • mengelakkan masyarakat berpegang kepada hukum yang dikeluarkan oleh individu
  • menghilangkan keraguan masyarakat terhadap sesuatu hukum
  • memberi keyakinan kepada umat Islam untuk berpegang kepada hukum agama
     /fatwa t5ms85
d) Antara matlamat perundangan Islam ialah memelihara    
    keturunan.
    Huraikan dua kepentingan memelihara keturunan.

  • Nasib manusia terpelihara daripada fitnah terhadap keturunan
  • Mengelakkan perbalahan pembahagian harta pesaka
  • Hak penjagaan anak terjamin
  • Maruah dan keturunan manusia terpelihara


e)   i. Apakah maksud hukum wajib?
  • Hukum wajib ialah perintah Allah yang mesti dilaksanakan. Jika dilaksanakan mendapat jika pahala dan ditinggalkan akan mendapat dosa. 

     ii. Senaraikan dua hukum wajib.
  • Kewajipan solat lima waktu sehari semalam
  • Kewajipan puasa di bulan Ramadhan
SPM2013 5/13 13/5
5/2013 5/13