tasawwur

JAWAPAN TASAWWUR SPM : 4/2015

a.   i. Nyatakan dua peraturan yang perlu dipatuhi dalam pemilikan harta.


  • Harta yang dimiliki hendaklah dibelanjakan dengan cara yang berhemah dan tidak membazir
  • Menunaikan tuntutan dan kewajipan terhadap harta seperti mengeluarkan zakat setelah cukup  syarat-syaratnya 
     ii. Senaraikan dua golongan yang tidak layak menguruskan harta.


  • Kanak-kanak
  • Orang gila atau tidak siuman

b.   Huraikan dua kesan kehidupan bagi orang yang tidak bekerja.


  • Hidup dalam kesempitan dan tidak mempunyai wang bagi memenuhi keperluan harian
  • Tersisih daripada masyarakat kerana sering meminta-minta daripada orang lain

c.   Terangkan dua cara melaksanakan amanah Allah SAW melalui pekerjaan.


  • Melakukan pelbagai pekerjaan mengikut kepakaran mereka bagi memajukan dan memakmurkan alam ini seperti berniaga
  • Melakukan pelbagai penyelidikan dan penemuan sains serta teknologi bagi melaksanakan amanah Allah seperti bidang perubatan dan kejuruteraan.

d.   Senaraikan dua contoh muamalah yang tidak sah menurut Islam bagi setiap perkara berikut.
     i. Mengandungi unsur penindasan.


  • Memberi pinjaman secara riba
  • Monopoli barang keperluan asas
    ii. Mengandungi unsur barangan yang tidak suci.


  • Menjual anjing dan babi
  • Menjual minuman keras dan dadah


e.  Konsep at-Ta'awun terdapat dalam sistem muamalah Islam seperti sewaan dan gadaian.
     Buktikan bagaimana konsep at-Ta'awun terdapat dalam sewaan.


  • Melalui sewaan, semangat tolong-menolong dapat dipupuk apabila pemilik barangan menyewakan barangannya kepada pihak lain. Maka penyewa dapat mengambil terhadap barang yang disewa. Oleh itu, umat Islam hendaklah saling tolong-menolong agar ekonomi umat Islam berkembang maju.
4/2015
SPM2015  4/15
4/2015