tasawwur

JAWAPAN SOALAN TASAWWUR SPM : 4/2014

a.i.Terangkan dua sebab Islam menggalakkan umatnya mencari harta.
  • harta dapat memenuhi keperluan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara 
  • harta dapat digunakan untuk menolong dan memberi bantuan kepada golongan miskin,mereka yang ditimpa bencana alam, dan sebagainya 
  • harta dapat digunakan untuk kebajikan umum seperti bersedekah dan menderma 
  • harta dapat dilaburkan untuk membantu kerajaan menyediakan kelengkapan awam

a.ii. Jelaskan dua langkah memperoleh harta secara halal.
  • berniaga secara jujur tidak trdapat unsur perjudian, penipuan, riba dan rasuah
  • Berkerja sendiri seperti menjalan kegiatan pertanian, penternakan dan perikanan
     m/s  12    spm4/2008  spm4/2014

    b.   i. Jelaskan dua perbezaan antara bekerja sendiri dengan bekerja disektor awam.
     Bekerja sendiri
     Bekerja di sektor awam
    Pendapatan tidak   tetap bergantung kepada usaha Pendapatan    tetap berupa gaji yang diketahui kadarnya
    masa yang fleksibel bergantung kepada kemahuan sendiriMasa kerja telah ditentukan oleh majikan tempat bekerja
    c.   Anda melakukan kerja sementara semasa cuti sekolah.
          Terangkan dua etika kerja dalam Islam yang perlu anda patuhi semasa bekerja.
    • bekerja dengan ikhlas kerana Allah 
    • sentiasa amanah terhadap kerja yg dipertanggungjawabkan 
    • bekerja dengan tekun dan bersungguh 
    • sentiasa mematuhi arahan ketua 
    • sentiasa meningkatkan produktiviti yang berkualiti

    d.   Al-Mudharabah merupakan sistem muamalah Islam yang menepati konsep at-Ta'awun.
          Terangkan dua contoh lain dalam sistem muamalah Islam yang menepati konsep at-Ta'awun.

    • Wadiah

      Mewakilkan sesuatu barang atau harta yang berharga kepada  orang lain untuk disimpan dan diurus. 


    • Musyarakah

      Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi dalam keuntunganmewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera 
    e.   Terangkan dua kepentingan sistem muamalah dalam kehidupan manusia.
    • mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera 
    • golongan yang memiliki kelebihan dapat membantu golongan yang lemah serta golongan yang memerlukan bantuan 
    • sistem muamalah yang mengandungi peraturan-peraturan dapat mendorong manusia mendapatkan harta dengan cara yang adil 
    SPM2014 4/14