tasawwur

SPM 2013 s2

(a)  Terangkan dua prinsip syumuliyyah.
  • Kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t.
  • Semua makhluk yang hidup di dunia ini terikat dengan ruang, masa dan tempat yang tertentu.
  • Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.


(b)  Jelaskan dua contoh ibadat yang menunjukkan  agama islam bersifat sederhana.


  • Islam mengharuskan solat jamak dan qasar ketika musafir
  • Islam mengahruskan tidak berpuasa keika sakit tetapi wajib diganti pada yang lain 

(c) 'Alamiyyah bermaksud islam ialah agama yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa,tempat dan zaman.'

      Jelaskan dua bukti ajaran Islam bersifat Alamiyyah .
  • Dapat diterima dan diamalkan oleh semua manusia
  • Mementingkan perdamaian dan keadilan sejagat
  • Keadilan Islam menyeluruh dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja
  • Membela kebenaran dan menentang kebatilan


(d) Murunah bermaksud Islam bersifat tetap dalam prinsip asas,tetapi bersifat luwes atau anjal dalam perkara cabang dan pelaksananya.

    (i) Huraikan penyalahgunaan konsep murunah dalam perkara berikut:
       (a) Pakaian
  • Memakai pakaian yang berfesyen tetapi tidak  menutup aurat 

       (b) Solat

  • Tidak menunaikan solat ketika sibuk dan ketika musafir  

   
(ii) Terangkan dua contoh perkaitan antara thabat dan murunah .
  • Islam menggalakkan umatnya berniaga tetapi melarang amalan riba
  • Islam mengharuskan pelbagai fesyen tetapi wajib menutup aurat
  • Solat wajib ditunaikan tetapi diberikan rukhsah mengikut keadaan dan kemampuan
SPM2013 2/13