tasawwur

Jawapan soalan SPM 2011 :soalan 2

a)   Nyatakan empat hak asasi manusia dijamin oleh Islam


  • Kebebasan beragama . Tiada paksaan menganut agama Islam dan Islam menghormati penganut agama lain yang tidak menganggu mana-mana agama
  • Kebebasan bersuara. Kebebasan ini  adalah untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
  • Memelihara kehormatan. Islam mewajibkan menutup aurat dan berakhlak mulia agar kehormatan diri terjaga
  • Melidungi nyawa. Islam memperuntukan undang-undang qisas bagi menjamin nyawa manusia terpelihara
/ham
b)   Islam menuntut umatnya  sentiasa melakukan kebaikan untuk         mencapai kehidupan yang sejahtera
      Senaraikan empat sifat mulia bagi mencapai matlamat tersebut


  • Bertaqwa
  • Jujur dan amanah
  • Rajin dan saling bantu-membantu
  • Adil dan saksama





 " Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan 
( kemampuan )". Maksud al-Baqarah : 286

c)  Terangkan dua contoh ibadat yang membuktikan bahawa Islam         tidak membebankan
     umatnya berdasarkan ayat di atas

  • Solat fardhu bagi yang ada keuzuran boleh  solat dengan cara duduk atau berbaring
  • Berwudhuk. Jika ketiadaan air diharuskan beryammum

d)  Dalam sejarah Islam terdapat perkara-perkara yang bersifat              tetap (thabat) tidak boleh dipinda prinsip dan pelaksanaannya
     Terangkan dua perkara tersebut

  • Akidah. Keyakinan bahawa Allah sahaja yang layak disembah dan Dia yang mentadbir alam ini dan mencipta segala yang berlaku terhadap sesuatu  
  • Ibadat . Contohnya solat fardhu , puasa ramadhan , zakat dan haji
  • Ketetapan hukum syarak. Contohnya hukum  wajib, sunat, harus, makruh dan haram tidak berubah untuk selama-lamanya

e)  Terangkan dua perkaitan antara konsep thabat dan murunah mengenai perkara berikut:
     i) Pakaian

  • Islam tidak melarang umat berfesyen selagi  menutup aurat yang ditetapkan

    ii) Puasa Ramadhan

  • Islam mengharuskan umatnya meninggalkan puasa begi yang uzur dan mereka wajib menqadhakkan puasa selepas bulan ramadhan
SPM2011 2/11