tasawwur

SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 1 / 2015

SOALAN 1 / 2015
a) (i) Nyatakan pengertian insan.

  • Insan atau manusia ialah makhluk Allah SWT yang paling istimewa kerana diberikan akal serta  boleh berfikir, berkehendak dan boleh menerima dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Keadaan inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan.


   (ii) Terangkan dua tanggungjawab insan sesama insan.

  • Menjaga hak sesama insan seperti memelihara hak-hak jiran.
  • Sentiasa hormat-menghormati dan bertoleransi terutama dalam kalangan masyarakat majmuk.


b) Nyatakan dua cara Rasulullah SAW menerima wahyu.

  • Malaikat Jibril a.s datang menyerupai manusia lalu menyampaikan wahyu kepada Rasulullah SAW.
  • Rasulullah SAW mendengar bunyi seperti deringan loceng yang kuat lalu baginda tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya tetapi dapat mengingati dengan jelas apa yang diwahyukan  kepadanya.


c) Jelaskan dua ciri keistimewaan Islam.

  • Sesuai dengan fitrah manusia yang sukakan kebaikan.
  • Bersifat sejagat, tidak dibatasi dengan batasan geografi, warna kulit atau darjat.


d) Terdapat beberapa bentuk pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam.
    Jelaskan dua sebab Islam menentang pengaruh tersebut.

  • Merosakan akidah umat Islam daripada mentauhidkan Allah SWT kepada mensyirikkan Allah.
  • Melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah SWT dan lalai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sejati.


e) Setiap kumpulan ajaran sesat mempunyai pengikut tegar.
    Mengapakah mereka masih meyakini ajaran tersebut walaupun bertentangan dengan logik akal?

  • Terlampau taksub dengan pemimpin sehingga hilang pertimbangan akal, malah terpengaruh dengan janji-janji manis pemimpin dan perlaksanaan ibadah dengan cara yang mudah.Oleh itu kita hendak meneliti mana-mana amalan atau ajaran selari dengan syariat Islam serta tidak terpengaruh dengan janji-janji manis pemimpin yang berentangan syariat Islam.

SPM2015