tasawwur

SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 1 / 2014

a) (i) Alam terbahagi kepada dua iaitu alam musyahadah dan alam ghaib.
        Nyatakan pengertian alam musyahadah.

  • Alam musyahadah ialah alam nyata yang dapat dirasai oleh pancaindera dan akal manusia  tentang kewujudannya dan dapat pula digunakan untuk kemudahan manusia seperti haiwan,   tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.

   (ii) Senaraikan empat contoh alam ghaib.

  •   Alam barzakh.
  •  Hari Kiamat 
  •  Syurga
  •  Neraka
       
b) Nyatakan maksud memulihara alam.

  • Memulihara alam bermaksud mengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanam semula tumbuh-tumbuhan yang telah ditebang atau dimusnahkan supaya habitat alam akan kekal dan baik.

c) Jelaskan dua hikmah wahyu al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat.

  • Menjawab pertanyaan -pertanyaan yang dikemukan oleh orang Arab ketika itu merangkumi segala       aspek kehidupan manusia.
  • Memberi kenteteraman dan keteguhan kepada Rasulullah SAW dan memudahkan para sahabat   menghafalkan ayat-ayat tersebut dan meyalinnya.

d) (i) Nyatakan maksud Islam sebagai ad-Din.

  • Islam sebagai cara hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan merangkumi akidah, ibadah dan akhlak.

   (ii) Nyatakan bukti Islam sebagai ad-Din.

  • Agama yang lengkap dan menyuluruh, yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia  sama ada dari segi ekonomi, politik, dan sosial untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

e) Terangkan dua bentuk ancaman budaya asing terhadap umat Islam.

  • Menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam seperti sambutan Valentine's Day, mementingkan kebendaan dan sebagainya.
  • Menyebarkan bentuk-bentuk pemikiran seperti sekular,sosialis, kebebasan berfikir dan sebagainya.
  • Menyalurkan hiburan yang keterlaluan seperti black metal.
SPM2014 1/14