tasawwur

SPM 2008 : SOALAN 2

2/2008

a)   (i) Senaraikan empat ciri agama langit (samawi).
          Jawapan

  • Diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril
  •  Mempunyai nabi/rasul yang bertugas menyampaikan dan menjelaskan dengan lebih terang dan lebih lanjut tentang wahyuyang diterima
  • Bersuaian dengan fitrah semula jadi kejadian dan kehidupan manusia
  • Nilai ditentukan oleh ALLAH SWT sendiri yang diselaraskan dengan kecerdasan akal manusia
  • Mempunyai kita suci yang diturunkan oleh ALLAH SWT 
SPM2/2008 SPM2/2012 SPM2/2014 SPM2/2016

     (ii) Terangkan dua cara beriman dengan agama langit (samawi).

         Jawapan

  • Yakin dan berpegang teguh dengan ajarannya iaitu dengan kepercayaan terhadah ALLAH SWT dengan pengabdian hanya kepada ALLAH SWT
  • Tidak mengubah suai ajaran di dalam al-Quran mengikut peredaran masa dan kemahuan sendiri


b)   Jelaskan dua cara anda berumalat  dalam bidang ekonomi menurut konsep syumuliyyah.

  • Islam mewajibkan golongan yang kaya agar membayar zakat supaya dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin
  • Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh islam dalam urusan jual beli bagi mengelakkan berlakunya penindasan ,riba,monopoli atau spekulasi
  • Melaksanakan aktiviti urusan jualbeli,sewa menyewa,pajak gadai dan seumpamanya yang dihalalkan oleh Islam untuk mencari dan memiliki harta tanpa melanggar hukum syarak
c)   Islam agama praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia.
      Terangkan dua pendapat anda yang menyokong penyataan diatas.
      Jawapan

  • Ajaran Islam bersifat realiti yang memenuhi kehendak serta keperluan manusia dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan cara berpandukan al-Quran dan mengikuti segala peraturan dan hukum yang ditetapkan dalam Islam
  • Setiap ibadat yang wajib dan fardu terdapat keistimewaan dan kelonggaran tersendiri,tidak membebankan dan setara dengan kemampuan setiap manusia


d)   Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

      (kemampuannya)

       Berdasarkan  maksud ayat di atas , terangkan dua hujah untuk menolak dakwaan bahawa ajaran
       islam membebankan.
       Jawapan

  • Islam membenarkan solat secara jamak dan qasar jika umatnya musafir
  • Islam mengharuskan makanan yang haram jika umatnya berkeadaan darurat