tasawwur

SPM 2007 ; SOALAN 2

a) Rabbaniyyah bermaksud mengenal Allah SWT.
    Jelaskan dua cara untuk menghayati sifat rabbaniyyah
Jawapan

  • Mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah
  • Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meningkatkan syiar Islam
  • Berakhlak dengan akhlak mulia dan terpuji
  • Beriman dan yakin dengan segala rukun iman


b) Waqi'iyyah bermaksud praktikal dan mampu diamalkan oleh semua golongan manusia.

     i) Terangkan dua contoh kesederhanaan dalam ibadat menurut prinsip Waqi'iyyah .

  • Solat fardhu yang wajib dilakukan secara berdiri, tetapi jika uzur , dibenarkan dengan duduk bebaring
  • Solat qasar dan jamak ketika musafir


    ii) Huraikan tiga keistimewaan beribadat berlandaskan prinsip Waqi'iyyah .

  • Ibadat dapat dilakukan dalam apa jua keadaan berdasarkan kemampuan seseorang
  • Islam menggalakan pemikiran kreatif dan inovatif. Pemikiran tersebut dikira jihad untuk kemajuan dunia dan akhirat
  • Islam bersifat praktikal dan realiti . Sekiranya dilaksanakan ia dapat menyesaikan segala masalah dalam kehidupan

c) Antara hak asasi manusia yang tekandung dalam prinsip 'Alamiyyah ialah memelihara nyawa.
    Terangkan tiga cara Islam memelihara nyawa manusia.

  • Menetapkan hukum hudud dan qisas dapat menjamin nyawa manusia
  • Islam menyuruh umatnya menjaga kesihatan mental dan fizikal agar terhindar penyakit seperti AIDS.
  • Islam melarang kegiatan negatif yang merosakkan jiwa seperti membunuh diri dan minum arak