tasawwur

SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 1 / 2008

1 / 2008
a. Islam membahagikan ilmu kepada fardu ain dan fardu kifayah.
i. nyatakan maksud ilmu fardu ain.
Jawapan
     ilmu yang berkaitan dengan amalan - amalan yang wajib diketahui dan diamalkan oleh umat islam 
contohnya ilmu syariah , ilmu akidah , ilmu akhlak


ii. Senaraikan empat faedah anda mempelajari ilmu fadu Kifayah.


Jawapan
  • Menjamin kemuliaan dan memartabatkan ajaran islam
  • menyampaikan dakwah islamiah dengan lebih berkesan
  • memajukan sektor ekonomi bagi umat islam 
  • melahirkan lebih ramai pakar mengenai ilmu ilmu sains dan teknologi , pengurusan kewangan yang juga termasuk dalam ilmu fardhu kifayah   


b.i. Terangkan dua peranan akal kepada manusia.


Jawapan
  • menggunakan akal untuk memikirkan dan memahami kewujudan , kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T 
  • manusia menggunakan akal untuk menimba ilmu pengetahuan yang boleh digunakan untuk memajukan diri sendiri dan masyarakat.


b.ii. Bagaimanakah anda mensyukuri nikmat akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT.


Jawapan
  • memelihara akal dengan sebaiknya dan menjauhi perkara negatif seperti penyalahgunaan dadah , ubat batuk , pil khayal dan sebagainya yang boleh merosakkan akal.
  • mengasah akal dengan cara berfikir , belajar , bertafaakur dan sebagainya agar ilmu pengetahuan dapat diperluas serta menajamkan akal fikiran
  • memikirkan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah  S.W.T dengan cara beribadat tertentu seperti solat sunat
  • menjaga kesihatan tubuh badan dengan sempurna kerana badan yang sihat menjana minda yabg cerdas.



c. Nyatakan dua ciri yang menunjukkan al-Quran sebagai kitab yang lengkap.


Jawapan

  • Al - Quran adalah syummul , di mana kandungannya merangkumi pelbagai peraturan hidup di dunia sama ada dari segi sosial , akhlak , ilmu perundangan dan sebagainya 
  • Al - Quran sebagai kitab yang agung dan penuh dengan panduan dan hikmat yang dapat dimuliakan pada bila - bila masa dan di mana- mana sahaja sehingga tiba hari kiamat

d. Nyatakan empat contoh pemikiran yang bercanggah dengan hukum syarak.


Jawapan
  • mereka ajaran dan fahaman yang baharu yang boleh menyesatkan sesama manusia seperti ateisme , sekularisme , qaidani, ayah pin dan sebagainya .
  • berfikir untuk merosakkan seseorang seperti menzaliminya , menindas dan mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah dan sebagainya.
  • merekacipta teknologi atau peralatan yang baharu yang boleh mendatangkan kerosakan kepada manusia dan alam
  • berfikiran negatif dan sebagainya yang menyebabkan kemunduran terhadap masyarakat dan negara