tasawwur

Soalan dan jawapan tasawwur islam SPM 2012 : soalan 2

a) Islam ialah agama langit (samawi) yang bersifat rabbaniyyah.

(i) Nyatakan empat ciri agama langit
  • Agama langit disampaikan oleh utusan Allah s.w.t.
  • Mempunyai kitab suci
  • Ajarannya bersifat kekal dan lengkap
  • Prinsip agama langit bersifat mutlak dan universal
  • Konsep ketuhanan yang jelas

a) (ii) Prinsip Rabbaniyyah
  • Islam adalah agama yang diwahyukan Allah
  • Islam dan seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan Allah
  • Islam bersih daripada sebarang kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu
  • Allah sebagai pemberi peraturan hidup
b) (i) Terangkan dua prinsip waqi'iyyah
  • Ajaran Islam praktikal dan bukan utopia (khayalan)
  • Islam mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan manusia
  • Islam menyumbag kepada dalam pemikiran positif
  • Islam menekankan kesederhanaan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
(ii) Huraikan dua hujah Islam mampu diamalkan oleh semua golongan manusia sebagaimana dalam prinsip waqi'iyyah
  • Undang-undang bersifat adil kepada semua lapisan masarakat bagi menjamin keadilan sejagat
  • Islam tidak membebankan umatnya. Contohnya puasa ramadhan boleh diganti pada hari lain jika ada keuzuran
c) Jelaskan dua konsep syumuliyyah dalam bidang ekonomi
  • Kebebasan mencari, memiliki dan menguruskan harta
  • Kewajipan mengeluarkan zakat untuk membantu orang yang memerlukan
  • Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara orang kaya dengan miskin
SPM2012 2/12