tasawwur

SOALAN TASAWWUR SPM : SOALAN 1 / 2010

1 / 2010
a.i. Nyatakan dua keistimewaan manusia sebagai makhluk Allah SWT.
Jawapan

  • Dikurniakan akal untuk berfikir bagi membezakan antara yang hak dan yang batil
  • Diberikan naluri untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu. 
  • Diturunkan kitab suci Al-Quran dan hadis sebagai   panduan untuk hidup . 
  • Setiap amalan manusia diberikan ganjaran, samada ganjaran baik (pahala) atau buruk ( dosa) 
  • Dilantik sebagai khalifah Allah SWT dimuka bumi 



a.ii. Terangkan tiga tanggungjawab manusia sesama manusia.
Jawapan

  • Menjalinkan hubungan silaturrahim tanpa mengira keturunan, kedudukan dan agama.
  • Memelihara hak sesama insan seperti memelihara hak-hak jiran dan  membantu mereka yang memerlukan bantuan
  • Sentiasa hormat-menghormati dan bertoleransi, terutamanya di kalangan masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman, maju, dan harmonis. 


b. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun.
     Terangkan dua hikmah cara penurunan tersebut.
Jawapan

  • Membezakan antara kitab al-Quran  dan kitab-kitab lain.
  • Menambahkan keyakinan bahawa kitab al-Quran bukan rekaan manusia.
  • Memudahkan manusia untuk menghafal, memahami dan dan melaksananakan kandungan al-Quran.


c. Terangkan dua ciri keistimewaan Islam.
Jawapan
  • Ajaran Islam datang dari Allah SWT
  • Ajaran Islam lengkap dan memberi rahmat kepada seluruh alam
  • Ajaran Islam mudah diamalkan dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia
  • Ajaran Islam kekal hingga hari kiamat
d.i. Nyatakan dua ciri pengaruh asing yang bertentangan Islam.
Jawapan

  • Menolak ayat-ayat al-Quran dan hadis kerana mengikut logik  akal dan nafsu semata-mata.
  • Menggalakkan manusia mencari harta  tanpa batasan.


d.ii. Nyatakan dua kelemahan umat Islam dalam menangani ancaman budaya asing.
Jawapan

  • Kurang didikan agama Islam
  • Pegangan akidah tidak mantap
  • Sikap masyarakat dan media yang menjadi ejen penyebar budaya asing.

soalan tasawwur islam tingkatan 4 so 1
contoh soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan  1
nota soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan 1