tasawwur

JAWAPAN TASAWWUR SPM ; 4/2013

a. Jelaskan  dua sebab harta adalah amanah Allah SWT kepada manusia.
  • Supaya manusia tidak menggunakan harta yang di miliki secara membazir 
  • Supaya manusia tidak terlalu sombong dengan harta yang dimilikinya 
  • Supaya manusia berusaha bersungguh- sungguh untuk mencari harta 

b. Jelaskan dua sebab kanak-kanak tidak layak menguruskan harta.
  • kanak-kanak tidak layak menguruskan harta kerana mereka belum mencapai tahap kematangan berfikir 
  • kanak-kanak tidak membezakan antara kebaikan dengan keburukan ketika menguruskan harta 

c. Terangkan peranan muamalah Islam berikut dalam kehidupan manusia.
 i. al-Ijarah

  • sistem sewaan cara Islam bagi memberi pertolongan kepada orang yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan sesuatu barang. Melalui sewa menyewa orang yang memerlukan boleh mendapatkan sesuatu barangan melalui sistem sewaan.

 ii. al-Wadiah
  • ialah akaun simpanan wang secara islam iaitu memberi kemudahan orang ramai menyimpan dan melaburkan wang mereka dalam bank untuk diuruskannya.
d. Jelaskan dua kebaikan pekerjaan yang halal.
  • Mendapat keredaan Allah kerana melaksanakan perintah Allah
  • Dipandang mulia dan diteladani oleh masyarakat
e.Huraikan dua etika kerja dalam Islam.

  • Rajin berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan 
  • Bersikap jujur, amanah dan tidak menipu dalam segala urusan 
  • Bekerja kerana Allah SWT 
  • Tekun dan tabah ketika melakukan segala urusan        

SPM2013 4/13                              4/2013