tasawwur

Soalan dan jawapan tasawwur islam SPM 2012 : soalan 4

a. Senaraikan empat etika kerja menurut Islam.
  • bekerja dengan ikhlas kerana Allah 
  • sentiasa amanah terhadap kerja yg dipertanggungjawabkan 
  • bekerja dengan tekun dan bersungguh 
  • sentiasa mematuhi arahan ketua 
  • sentiasa meningkatkan produktiviti yang berkualiti
         " Antara muamalah Islam ialah melahirkan masyarakat Islam yang saling bantu-membantu antara satu sama lain"

b. i. Selain daripada pernyataan di atas , dua matlamat muamalah Islam.
  • mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera 
  • memudahkan manusia menikmati nikmat harta dengan cara yang betul dan diredahai-Nya 
  • memastikan semua kegiatan ekonomi diredhai Allah 
  • menggalakkan manusia bekerja dengan bersungguh-sungguh 
  • mempereratkan hubungan persaudaraan antara individu dan masyarakat 
  • menghindarkan kezaliman dan penindasan
b.ii. Huraikan dua cara muamalah Islam berasaskan pernyataan di atas.
  • memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan . Contohnya bersedekah, dapat menolong yang ditimpa bencana alam. 
  • mengagihkan harta kepada golongan yang berhak . contohnya zakat, kepada asnaf-asnaf dan fakir miskin 

c. Islam melarang umatnya melakukan perniagaan yang mengandungi unsur monopoli.
    Terangkan dua sebab Islam melarang perbuatan tersebut.
  • mengelakkan lahir sifat tamak haloba dalam diri seseorang individu 
  • mengelakkan berlakunya penindasan terhadap pelanggan.
d. Terangkan dua kesan muamalah Islam terhadap negara.
  • Ekonomi negara menjadi bertambah maju 
  • mengurangkan jumlah kadar penduduk miskin 
  • ekonomi negara mendapat pengiktirafan dari negara luar 
  • SPM2012 4/12
2/2012