tasawwur

JAWAPAN TASAWWUR SPM : 4/ 2011


a.i. Nyatakan pengertian harta menurut Islam.
  • suatu perkara yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui cara usaha dan ikhtiar yang diredai Allah S.W.T. Contohnya tanah, wang, kereta dan sebagainya
a.ii. Senaraikan dua contoh harta yang tidak boleh alih.


  • tanah
  • rumah 
  • bangunan

b. Terangkan dua sebab Allah SWT mengamanahkan harta kepada manusia.

  • Supaya manusia menguruskan sumber harta dengan sebaikbaiknya, seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
  • Supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari harta
  • Supaya manusia tidak terlalu  sombong dengan harta yang dimilikinya
  • Supaya manusia tidak menggunakan harta yang di miliki secara membazir
  • untuk membantu sesama manusia yang memerlukan pertolongan


c. Anda terpilih sebagai penerima biasiswa pendidikan.Nyatakan empat cara anda menggunakan wang tersebut secara berhemah.
  • menggunakan wang biasiswa untuk membayar yuran pengajian, membeli buku-buku rujukan, membelanjakannya untuk kehidupan seharian seperti makanan dan tambang perjalanan 
  • sentiasa berjimat cermat dan tidak membazir dengan membelanjakan wang membeli barang-barang yang kurang diperlukan 
  • menyimpan sebahagian wang biasiswa di dalam bank untuk tujuan kecemasan atau masa hadapan memberi sedikit wang biasiswa kepada ibu bapa atau adik beradik untuk mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T
  • Memberi sedikit wang biasisiwa kepada ibu bapa atau adik-beradik untuk mendapat keberkatan daripada Allah SWT 



  • d. Nyatakan dua tujuan Allah SWT membataskan hak milik harta kepada manusia
  • untuk mengelakkan manusia daripada menjadi seorang yang tamak ,sombong, dan angkuh dengan kelebihan harta yang dimiliki 
  • menanam sikap bersyukur terhadap rezeki yang diperolehi contohnya menderma untuk pembinaan hospital
  • menyedarkan manusia bahawa terdapat hak orang lain di dalam harta yang mereka miliki se[erti hak orang miskin


e. Anda dijemput untuk menyampaikan syarahan  bertajuk " Kebaikan pekerjaan yang halal"
    Terangkan dua hujah bagi menyokong tajuk syarahan di atas.
  • pekerjaan yang halal akan mendapat keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat 
  • pekerjaan yang halal adalah sebahagian daripada ibadat yang dituntut di dalam Islam pekerjaan yang halal akan mendapat rezeki yang halal dan hasil daripada rezeki yang halal itu dapat digunakan untuk membeli keperluan hidup 
SPM2011 4/11
4/11
4/ 2011