tasawwur

SOALAN 4 / 2010

a. Terangkan dua cara pengurusan harta dalam Islam.
  • menunaikan tuntutan wajib yang perlu diberikan iaitu zakat harta kepada golongan yang layak menerimanya 
  • menggunakan harta untuk menyediakan kemudahan kepada orang ramai iaitu tandas awam, stesen bas, dan sebagainya 
  • membelanjakan harta dengan sewajarnya dengan cara tidak membazir dan berbelanja terhadap perkara yang halal sahaja
ms5
b.i. Nyatakan empat sumber harta yang diperolehi secara haram.
  • memperoleh harta melalui penipuan dalam perniagaan seperti manipulasi 
  • memperoleh harta melalui penjualan dadah, penyeludupan, pecah amanah, dan sebagainya 
  • memperoleh harta dengan cara zalim dan kekerasan. Contohnya mencuri dan merompak 
  • perbuatan menindas golongan yang lemah seprti amalan riba dan monopoli
b.ii. Jelaskan dua kesan memperoleh harta secara haram.
  • harta yang dimiliki tidak mendapat keberkatan dari Allah S.W.T 
  • seseorang individu itu akan sering ditimpa masalah kemudian hari dan hidup dalam fikiran dan kehidupan yang tidak tenang 
  • rasuah yang berleluasa mengakibatkan negara menjadi huru-hara dan berpecah belah 
c. Terangkan dua cara anda membelanjakan harta untuk kepentingan masyarakat.
  • memberi bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana seperti mangsa banjir,taufan,tsunami,kebakaran dan sebagainya 
  • membantu golongan fakir dan miskin 
d. Cadangkan dua cara membendung perbuatan pencerobohan harta.
  • Memperluaskan didikan agama kepada segenap lapisan masyarakat
  • Mengadakan kempen dan ceramah terhadap implikasi  sekiranya berlaku pencerobohan harta