tasawwur

JAWAPAN TASAWWUR SPM : 4/2009

a. Jelaskan dua syarat pekerjaan diterima sebagai ibadat.
  • halal dan dibenarkan dalam hukum syarak 
  • tidak melalaikan seseorang daripada melakukan ibadat kepada Allah S.W.T 
  • melakukan pekerjaan dengan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T 
a.i. Nyatakan empat ciri muamalah menurut Islam.
  • adil kepada semua pihak 
  • reda antara kedua-dua belah pihak 
  • tidak membebankan mana-mana golongan 
  • tiada penipuan yang berlaku
a.ii. Bagaimanakah konsep tat-Ta'awun dalam Sistem Muamalah Islam mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.
  • bekerjasama dalam perkara yang mendatangkan kebaikan seperti perniagaan, sewa beli, pensyarikatan, dan sebagainya 
b. Jelaskan dua kepentingan muamalah dalam kehidupan.
  • mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera 
  • golongan yang memiliki kelebihan dapat membantu golongan yang lemah serta golongan yang memerlukan bantuan 
  • sistem muamalah yang mengandungi peraturan-peraturan dapat mendorong manusia mendapatkan harta dengan cara yang adil 

c. Cadangkan tiga usaha untuk menggalakkan umat Islam bermuamalah mengikut syarak.
  • memberi pendedahan mengenai muamalah melalui pendidikan dan media massa 
  • mengemaskinikan sistem muamalah Islam agar sesuai dengan peredaran waktu dan persekitaran di Malaysia 
  • mengenal pasti masalah yang menghalang kecekapan sistem muamalah Islam dan berusaha mengatasinya dengan sebaik mungkin 
  • menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk berurusan dalam sistem muamalah Islam. Contohnya menyediakan kaunter perbankan Islam di semua bank di Malaysia. 
4/2009