tasawwur

SOALAN 4 / 2007

4 / 2007
a.i. Terangkan dua peranan harta untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  • harta sebagai alat untuk merpatkan hubungan sesama manusia contohnya sedekah merapat hubungan kasih sayang antara golongan miskin dan kaya. 
  • harta sebagai alat untuk beribadat kepada Allah s.w.t. seperti menunaikan haji dan sedekah. 
  • harta sebagai alat untuk manambah ilmu pengetahuan. 
  • harta sebagai alat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.
a.ii. Jelaskan dua sebab golongan safih tidak layak mengurus harta.
  • Tiada kemampuan untuk membuat penilaian yang sempurna dalam mengurus hartanya. 
  • berkemungkinan boleh menyebabkan pembaziran kerana tidak mempunyai pemikiran yang matang dalam membuat keputusan.
b.i. Nyatakan pengertian jenis muamalah berikut menurut istilah.
 - al-wadiah
  • Al-wadiah ialah pendeposit mengamanahkan wangnya kepada  bank untuk disimpan dan dijamin untuk dikembalikan. Pendeposit menerima keuntungan simpanannya.
ms 60
 - al-ijarah
  • Al-ijarah ialah satu perjanjian yang membolihkan seseorang itu mengambil faedah daripada milik orang lain dengan bayaran tertentu
ms62

 b.ii. Senaraikan empat keistimewaan sistem perbankan Islam.
  • menggalakkan masyarakat menyumbangkan kebajikan kepada golongan yang lebih memerlukan 
  • memperolehi harta secara halal dan sah dalam hukum syarak 
  • bebas daripada unsur riba dan penindasan terhadap golongan yang kurang mampu 
  • menjamin keadilan sejagat kepada manusia untuk menyipan melaburkan wang
ms 45
b.iii. Terangkan dua cara untuk menggalakkan masyarakat menggunakan perbankan Islam
  • memberi pendedahan mengenai sistem perbankan Islam  melalui pendidikan dan media massa 
  • mengemaskinikan sistem perbankan Islam agar sesuai dengan peredaran waktu dan persekitaran di Malaysia 
  • mengenal pasti masalah yang menghalang kecekapan sistem perbankan Islam dan berusaha mengatasinya dengan sebaik mungkin 
  • menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk berurusan dalam sistem perbankan Islam. Contohnya menyediakan kaunter perbankan Islam di semua bank di Malaysia. 
ms 68

4/2007