tasawwur

Soalan dan jawapan tasawwur islam SPM 2012 : soalan 1

a.i. Nyatakan pengertian rasul.

Jawapan

Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan  wajib disampaikan kepada orang lain.

a.ii. Jelaskan dua peranan rasul.

Jawapan

  • Menyeru manusia mentauhid dan menyembah Allah SWT.
  • Mengajar dan menerangkan perkara ghaib seperti hakikat ketuhanan, syurga, neraka dan kehidupan di alam barzakh
  • Menyampaikan berita gembira dan bertindak sebagai pemberi ingatan kepada manusia
  • Menyeru manusia supaya melakukan perkara kebaikan dan membaiki akhlak manusia
  • Menyampaikan segala perintah dan larangan Allah SWT kepada manusia
  • Mengajar manusia cara beribadat yang betul
  • Menunjukkan cara kehidupan Islam yang sebenar
b.Terangkan dua cara wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Jawapan

  • Rasulullah SAW mendengar seperti bunyi loceng yang kuat .
  • Malaikat Jibril datang dengan menyerupai manusia lalu mengajar Rasulullah SAW di hadapan para sahabat.
  • Allah SWT berkata-kata dengan Rasulullah SAW dengan bahasa yang difahami oleh baginda, seperti dalam peristiwa israk dan mikraj.
  • Wahyu disampaikan samada melalui mimpi yang benar, di sebalik tabir atau melalui perantaraan Malaikat Jibril
c.i. Apakah maksud ilmu fardu kifayah?

Jawapan
  • Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam yang akan memberi faedah kepada manusia dan alam seperti ilmu perubatan dan ilmu pertanian

c.ii. Senaraikan empat contoh ilmu fardu kifayah.
Jawapan

  • lmu Perubatan
  • Ilmu Sains
  • Ilmu Perdagangan
  • Ilmu Pertanian


d. Terangkan dua cara berfikir yang menepati syarak.

Jawapan
  • Berfikir sentiasa untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. 
  • Menggunakan Akal untuk melakukan kebaikan dan menjauhi larangan Allah SWT
SPM2012 1/12
soalan tasawwur islam tingkatan 4 so 1
contoh soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan  1
nota soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan 1