tasawwur

SOALAN DAN JAWAPAN TASAWWUR ISLAM SPM 2011 : Soalan 1

a.i. Apakah yang dimaksudkan Rububiyyah.
Jawapan
Rububiyyah ialah keyakiinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang mentadbirkan  semua benda dan perkara di dunia  ini .

a.ii. Nyatakan dua konsep Rububiyyah.
Jawapan

  • Allah SWT Pencipta, Pentadbir dan Pemilik Alam ini. 
  • Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya 
  • Kekuasaaan Allah SWT meliputi langit dan bumi 

b. Nyatakan dua bukti kebenaran ajaran Islam.
Jawapan
  • Penguasa Rom dan dan Mesir berminat dengan Islam setelah menerima surat daripada Rasulullah yang menceritakan tentang kebaikan Islam
  • Islam telah berkembang keseluruh dunia termasuk di Eropah, China, Amerika dan India
  • Allah SWT telah berfirman hanya Islam agama yang diedai-Nya dan tidak menerima agama-agama lain.
t4/ms54


c. Nyatakan empat bukti al-Quran sebagai wahyu daripada Allah SWT.
Jawapan

  • Kandungan al-Quran merupakan ajaran yang benar dan sesuai diamalkan di sepanjang zaman. 
  • Terpelihara kandungan dan kesuciannya sehingga ke hari kiamat. 
  • Kandungan al-Quran mengandungi  semua aspek kehidupan seperti politik, pentadbiran dan perundangan 
  • Kebenaran al-Quran  adalah mutlak 
  • Tiada sesiapa pun  yang dapat meniru seperti al-Quran.

d. Terangkan dua peranan Hadis sebagai penjelas kepada al-Quran.
Jawapan
  • Menghuraikan nas-nas al-Quran yang mujmal.
  • Membataskan hukum al-Quran yang mutlak.
  • Mentakhsiskan maksud ayat-ayat yang umum.
  • Menerangkan hukum yang tidak tidak dinyatakan dalam al-Quran.
SPM2011 1/11

soalan tasawwur islam tingkatan 4 so 1
contoh soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan  1
nota soalan tasawwur islam tingkatan 4 soalan 1