tasawwur

SPM SOALAN 7 : TAHUN LEPAS

7/2008
a .(i) Senaraikan empat ciri keluarga bahagia menurut Islam
  (ii) Huraikan tiga kepentingan keluarga bahagia kepada masyarakat.

b. Terangkan tiga tanggungjawab isteri untuk membentuk keluarga bahagia

c.        Seorang lelaki dibicarakan di Mahkamah Syariah atas kesalahan minum arak.
   (i)  Apakah jenis hukum jenayah menurut Islam bagi situasi di atas?
  (ii)  Apakah hukuman yang sepatutnya dijatuhkan oleh hakim bagi kesalahan di atas menurut hukum syarak




7/2009
a. (i) Apakah maksud hak milik dalam Islam?
   (ii) Senaraikan empat contoh harta yang menjadi hak milik negara.
  (iii) Terangkan dua kepentingan hak milik harta kepada manusia.

b. Orang yang merosakkan harta awam boleh dikenakan hukuman takzir kerana menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.
   (i) Nyatakan dua hukuman takzir yang boleh dikenakan kepada pesalah tersebut
  (ii) Cadangkan dua langkah bagi mencegah perbuatan tersebut

c. Huraikan dua implikasi sekiranya anda tidak memiliki pekerjaan dalam kehidupan.

7/2010
a. (i)  Senaraikan empat cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
   (ii)  Jelaskan dua kesan terhadap pelajar yang tidak mengamalkan budaya membaca .

b.          Masalah kemiskinan dalam masyarakat boleh menggugat kestabilan ekonomi negara
   (i)  Terangkan dua cara Islam menyelesaikan masalah kemiskinan dalam masyarakat.
  (ii)  Cadangkan dua sumbangan yang anda boleh lakukan untuk membantu mengukuhkan ekonomi    negara.

c. Jelaskan dua cara membendung masalah lumba haram dalam kalangan remaja.


7/2011
a. Nyatakan empat kelebihan penyelesaian masalah menurut Islam
b. Nyatakan empat cara menyelesaikan masalah kemiskinan dalam sebuah keluarga menurut Islam
c. Sifat inovatif sangat penting untuk mewujudkan ummah yang mempunyai jati diri yang teguh
    i. Jelaskan dua cara mewujudkan sifat  inovatif kepada individu
   ii. Terangkan dua kesan kepada individu yang memiliki sifat inovatif

Zulkifli berasa simpati apabila Badrul mengadu kepadanya tentang masalah dalam pembelajaran di sekolah
d. Huraikan dua cara yang sepatutnya Zulkifli  lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut









7/2012
Kecemerlangan pendidikan bermaksud kejayaan dalam keperibadian manusia yang melibatkan perkembangan jasmani, emosi,  rohani dan intelek

a.   i. Berdasarkan pernyataan di atas , senaraikan empat contoh kecemerlangan pendidikan
     ii. Terangkann tiga cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pendidikan
    iii. Jelaskan tiga kesan kepada pelajar yang tidak memiliki kecemerlangan pendidikan

Seorang pemandu ditahan kerana cuba menghulurkan sejumlah wang kepada penguatkuasa untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang.

b.   i. Berdasarkan situasi di atas , namakan jenis kesalahan yang menyebabkan pemandu tersebut ditahan
     ii. Apakah jenis hukum jenayah Islam yang perlu dikenakan kepada pemandu tersebut

JAWAPAN SPM 2012

7/2013
a. Senaraikan empat bentuk pencerobohan harta
b. Masyarakat yang mengabaikan sistem mumalah Islam akan menghadapi pelbagai kesan buruk.
    Terangkan dua kesan buruk tersebut
  • Hukum makruh ialah perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan jika ditinggalkan mendapat pahala .
c. i.  Senaraikan empat contoh perkara di atas
   ii. Huraikan dua implikasi sekiranya umat Islam melakukan perkara tersebut
d. Penyelesaian masalah secara Islam dan konvensional mempunyai perbezaan yang nyata
    Nyatakan dua perbezaan tersebut

JAWAPAN SPM 2013

7/2014
a. Senaraikan empat jenis muamalah selain dari al-Mudharabah
b. Jelaskan perbezaan anatra fatwa dangan ijtihad
c. Gejala sosial dan kemungkaran antara penca timbulnya pelbagai masalah dalam kehidupan manusia
     i. Jelaskan dua keperluan penyelesaian masalah menurut Islam bagi bagi mengatasi masalah tersebut
    ii. Huraikan dua cara Islam menyelesaikan masalah anak nikah
d. Setiap orang Islam disuruh bertaubat kepada Allah SWT .
    Huraikan dua kepentingan taubat kepada pelaku kesalahan.
 

Jawapan

7/2015
a. Jelaskan tiga kepentingan harta terhadap pembangunan negara.
b. Pendapatan dari sumber yang halal dapat menjamin keberkatan dan kesejahteraan sesebuah negara
   Nyatakan dua implikasi sekiranya pendapatan negara dari sumber yang haram .
   Bincangkan .
c.  i. Senaraikan dua contoh ibadat bagi setiap hukum berikut
    a) wajib
    b) sunat
    ii.  Nyatakan dua perbezaan antara hukum wajib dengan  sunat
   

Jawapan


7/2016
a) Jelaskan tiga kesan ibadat tanpa berpandukan syariat
b) Jadual berikut berkaitan statistik perkahwinan dan penceraian 
 
Tahun
Bilangan Perkahwinan
Bilangan kes penceraian
Peratus penceraian
2004
112,262
16,505
14.70%
2005
113,132
17,749
15.68%
2006
114,812
19,463
16.95%

Huraikan dua pandangan anda tentang tentang punca kes penceraian tersebut.

c) Nyatakan empat bentuk jaminan keselamatan yang diberikan Islam kepada umatnya

d) Terangkan tiga cara Islam mengukuhkan ekonomi umatnya melalui akhlak

Jawapan